Tuesday, 28 June 2016

Kita bersyukur atau tidak kerana kita hari ini masih dapat hidup?

Pernah satu hari anak Hasan al Basri rahimahumullah terluka pada tangannya. Lalu Hasan al Basri tanya pada anaknya,

"Tangan kamu ni okay tak ni? Tengok berdarah je ni.."

Nak tahu apa anak dia jawab? Anak dia beritahu,

"Wahai ayahku, Syukur alhamdulillah. Terima kasih pada Allah kerana hanya membenarkan tangan aku saja yang luka berdarah sedangkan BADAN aku masih selamat..."

Allah..

Kita bersyukur atau tidak kerana kita hari ini masih dapat hidup? Kita bersyukur atau tidak hari ini kita dapat makan nasi goring? Kita bersyukur atau tidak hari ini kita dapat pergi sekolah dan kuliah? Kita bersyukur atau tidak yang kita masih ada lagi anak-anak sedangkan ramai orang tak dapat anak? Dan banyak lagi.

Jadi apa saya nak sampaikan adalah, bersyukurlah kepada Allah, dan beriman serta bertaubatlah pada Allah sungguh-sungguh. Nescaya Allah akan HARGAI saya dan korang semua. Dan Allah sayang pada saya dan korang semua.

Ketahuilah….

Allah TIDAK berminat pun nak seksa kita atau nak hukum kita. Kalau kita bersyukur, beriman dan bertaubat sungguh-sungguh pada Allah.

Wallahu'alam.


Friday, 24 June 2016

Kisah segengam cili

Tazkirah Ustaz Zulhadi:
Renungan Sejenak

Kisah segènggam cili padi

Pastinya setiap orang pernah memegang cili padi dan tahu bagaimana bentuk dan warna si cili itu.

Ada yang berwarna merah..ada yang berwarna hijau dan ada yang berwarna sedikit coklat. Walaupun terdapat kepelbagaian warna namun rasanya tetap satu iaitu pedas.

Tak kesah sama ada dipotong, disentuh atau digenggam, tetap akan terasa kepijaran dan kebahangan si cili. Apa yang hendak diterangkan di sini adalah kesepaduan, kerjasama, toleransi.

Walaupun berbeza bentuk, warna dan nama(cili, lada, cabai).Sinonim dengan watak umat Islam mu'min yang wujud dari pelbagai bangsa, bahasa, adat resam serta ragam berlainan, akan tetapi mereka tetap teguh, berpadu serta ampuh merempuh badai tribulasi dalam satu saf Jemaah yang sama dalam usaha menghurai simpulan racun ummah.

Sifat Muslim sejati sehati sejiwa juga mampu menyerlahkan lagi syiar Islam yang kental tertegak di atas satu landasan berprinsipkan Jemaah Islam yang kukuh. Ikatan erat ini penting kerana berpotensi menangkis apa jua musuh yang mendatang tiba.

 Kaitkan antara fungsi cili yang satu dan matlamat orang Islam mukmin yang satu. Renung-renungkan dan selamat beramal.

2 Jun 2016 Khamis
26 Syaaban 1437 H
Renungan Sejenak
http://tinyurl.com/BidayatulHidayah

Monday, 20 June 2016

Ensiklopedia Ikhtilat.

VLOG - Ensiklopedia Ikhtilat.

Apa itu ikhtilat?
Apa hukum ikhtilat?
Apa kekeliruan yang selalu timbul tentang ikhtilat?
Apa kesan ikhtilat?

Jom tengol video ni dari awal sampai habis😊

link ni akan membawa anda ke youtube

atau just klik play button kat bawah..

Friday, 17 June 2016

masalah???FOKUS k

Sekali lagi perkongsian dari channel telegram @tarbiah sentap

Di Malaysia saja, kita berhadapan dengan beribu bahkan berjuta masalah yang perlu kita hadapi dan selesaikan.

Daripada masalah politik korup, salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya, hingga ke masalah ekonomi, hingga ke masalah sosial, kemudian masalah akidah, masalah adab, dan baaanyak lagi. You named it.

We got a tons of problem to be solve.

Tapi adakah kita boleh selesaikan sendiri SEMUANYA? of course tak boleh, sama ada dari segi individu ataupun berjemaah sekalipun. Kita tak mampu nak selesaikan semuanya.

Dengan umur yang terhad, pengetahuan yang terhad, kuasa yang terhad, dan segala jenis keterbatasan yang ada. Akhirnya kita kena akui bahawa setiap orang ada bahagian, part atau segmen masing-masing. Rujukan kita al Quran dan Sunnah, kemudian ukhuwwah kita ialah bersepakat atas perkara usul atau asas dan berlapang dada atas perkara khilaf.

Sebab tu orang Islam ni ba'duhum auliyahu ba'du (compliment each other). 

Kita berdakwahlah atas kapasiti yang kita ada dan mampu. Paling tinggi kita cegah dengan tangan atau kuasa dan paling rendah adalah kita benci dengan hati pada dosa dan maksiat. Sebab bukan semua boleh cegah dengan tangan atau lisan.

Pilih segmen atau part yang kita mampu untuk dakwah, dan FOKUSLAH. Bila kita fokus, insyaAllah banyak benda boleh selesai.

Moga setiap kali perkumpulan Jumaat boleh jadi asbab untuk menyatukan hati2 kita semua serta peringatan dan petunjuk al Kahfi boleh membantu kita dalam memberi tips and tricks untuk berhadapan dengan fitnah yang makin melata.

Salam Jumaat dan jangan lupa al kahfi

Sunday, 12 June 2016

Qana'ah/Rasa mencukupi

Qana'ah/Rasa mencukupi - Perkongsian dari chanel telegram @tarbiah sentap

Sifat qana'ah adalah satu sifat yang cukup penting bagi mewujudkan suasana rumahtangga yang tenang dan bahagia.

bilamana sang suami atau isteri hilang rasa qana'ah, senanglah sang syaitan mencucuk dan memporak-perandakan kasih sayang dan keutuhan sebuah institusi kekeluargaan.

masalah rumahtangga itu lumrah. tiada pasangan yang sempurna.

namun yang membezakan sesuatu ujian itu adalah bagaiman respon dan tindakan kita terhadapnya.

tidaklah Allah uji sesebuah perkahwinan melainkan untuk mentarbiah kita dan pasangan supaya menjadi manusia yang lebih baik dan mulia.

seringkali kita berdoa supaya ditambahkan rezeki namun amat kurang manusia yang berdoa suapaya diberi sifat qana'ah dan bersyukur...

count your blessings. apa jua harta yang kita ada sekarang akan disoal jua kelak. takutlah akan azab dan pertimbangan Allah. moga2 kita digolongkan dalam golongan yang bersyukur dan sabar.

Wednesday, 8 June 2016

SERBAN dan JUBAH bukan SUNNAH NABI????

Jawapan untuk mereka yang kata SERBAN dan JUBAH bukan SUNNAH NABI.


Benarkah pakaian sunnah seperti jubah, serban, janggut, rida', capal Nabi saw merupakan adat orang Arab (sunnah jibilliyyah), dan bukanlah Sunnah Maqsuudah yang wajib dipelihara, dan kita boleh meninggalkannya bila perlu?.

Alasannya ialah kerana disana masih banyak sunnah yang penting serta besar melebihi sunah pakaian, kerana bagi mereka berakhlak mulia adalah lebih penting dari berpenampilan ala sunnah tapi pengotor dan tidak berakhlak.

Pencerahan:
Disini saya ingin menjelaskan bahawa isu pakaian merupakan isu fundamental dalam Islam yang mana selaku umat yang selalu mengikuti qudwah hasanah baginda saw pastinya takkan pernah terlintas di fikiran kita untuk meninggalkan walau satu sunah biar betapa kecil ia sekalipun, kerana sesungguhnya Allah menjanjikan hidayah dalam sunnah.
Sebagaimana firman Allah swt:
وان تُطِيعُوه تهتدوا
Disamping itu pakaian sunnah merupakan persalinan istimewa yang dipilih oleh Allah swt buat kekasihnya bahkan hingga ketika baginda saw naik ke Arasy Rahman juga baginda saw tidak meninggalkannya.
Bagi umat pula pakaian sunah berperanan membentuk jati diri serta penghambaan yang tinggi kepada Allah swt.
Di samping itu busana sunnah juga boleh menimbulkan rasa malu kepada pemakainya untuk melakukan maksiat, kerana pengamalnya merasakan bahawa aku sedang memperagakan imej Nabi Muhammad saw ke mata dunia. Secara tidak langsung mengawal sikap dan akhlak mereka.
Dalil tentang pakaian Sunnah disisi syarak:
1) Dalil Quran.
Firman Allah swt dalam Al Quran:
يا بني آدم قد أنزلنا عليكم لباسا يواري سؤاتكم وريشا ولباس التقوي ذلك خير.
Dalam ayat ini Allah swt menyebutkan 3 jenis pakaian yg Allah swt turunkan kepada anak Adam.
1) Pakaian yang menutup aurat.
2) Pakaian kemewahan.
3) Pakaian takwa.
Allah swt menyebut bahawa pakaian takwa adalah yg terbaik di antara ketiga jenis pakaian yang Dia turunkan.
Bagi saya, ayat ini adalah nas bagi kepentingan berpakaian mengikut Sunnah. Apa yang dijelaskan diatas bahawa berpakaian ikut sunnah adalah sunnah jibilliyyah hanyalah teori aqliyyah semata-mata yang sama sekali tidak dapat menyaingi ketinggian dalil qath'ie dalam hal ini.
2). Dalil hadis begitu banyak menyebutkan bahawa Nabi saw memakai jubah syaamiyyah (جبة شامية)، jubah yaman dll.
3). Qias: hakikatnya memakai jubah, serban, kain pelikat adalah sunnah maqsuudah yang dikehendaki oleh syarak kerana pakaian sunnahlah merupakan sunah yang akan membezakan antara pakaian orang beriman dengan orang yang tidak beriman.
Pernah suatu hari saya berdebat dengan seorang pelajar Afrika yang mengatakan bahawa takwa bukanlah pada baju tapi dihati sambil dia membacakan hadis:
التقوي ههنا
Saya katakan kepadanya bahawa kadangkala takwa juga ada pada pakaian sebab itulah Allah swt berfirman:
ولباس التقوي ذلك خير
Saya bagi contoh kepadanya seandainya tuan pergi ke luar negara bukan Islam, lalu berpakaian baju biasa selain jubah serban, macammana orang nak cam bahawa tuan orang Islam hingga dia kena salam pada tuan?. Orang takkan mampu membezakan antara seorang muslim dengan non-muslim melainkan dengan pakaian sunnah.
4) Dalil Urf:
Sesuatu perkara yg baik dalam budaya Arab akan tetap dikekalkan oleh Nabi saw dalam Islam kerana Islam tidak datang untuk menghapuskan segala adat istiadat manusia.
Kalaulah kita mengatakan bahawa jubah itu pakaian Arab sejak mula maka ianya berubah menjadi sunnah yg maqsuudah setelah ianya diterima oleh syarak sebagai salah satu perkara yg baik asalkan ianya mengikut ketentuan syarak.
Adapun pendapat yg mengatakan apa guna berjubah kalau akhlak tak elok, pengotor itu faktor luaran yang tak menjadikan pakaian sunnah tak penting kalau pemakainya tak baik.
Itu luar konteks... Konteks pembahasan kita ialah apakah pakaian sunnah itu satu kepentingan dalam agama atau tidak.
5) Lagi satu saya nak berkongsi dalil tajribiyyah (pengalaman peribadi saya dalam mengenakan pakaian sunnah) di negara bukan Islam.
Iaitu Allah swt akan mencampakkan dua perasaan dalam hati orang kafir bila melihat seorang Muslim berpakaian secara sunnah.
Kalaulah dia seorang pencinta Islam dia akan kagum bila lihat kita berpakaian sunnah.
Pengalaman pertama sewaktu saya di Jepun saya Ke hospital untuk menemani sahabat yg sakit.
Saya pakai jubah putih, tiba-tiba saya nampak seorang makcik tua datang mendekati saya sambil menundukkan kepalanya berkali-kali kemudiannya menghulurkan sebungkus coklat kepada saya sebagai tanda respect.
Keduanya ialah sewaktu Di Langkawi dua tahun lepas saya menemui seorang pelancong Itali yang memanggil saya sambil mengatakan: I like your turban, very-very beautiful.
Ketiganya ialah sewaktu saya Di Ghana kami dakwahkan seorang pemandu taxi yang beragama Kristian...akhirnya dia kata:
Sebenarnya orang-orang Islamlah merupakan pengikut Jesus yang sebenarnya sebab pakaian mereka sama macam Jesus, sedangkan pakaian orang Kristian sekarang adalah berbeza dengan pakaian Jesus.
Ini contoh orang yang kagum dengan pakaian sunnah.
Adapun contoh orang yang gerun dengan pakaian sunnah pula saya ada dua pengalaman sewaktu belajar di South Afrika dulu.
1) Sewaktu berjalan di Sandton City, Johannesburg tiba-tiba saya nampak seorang Yahudi yang memakai kepiah kecil dikepalanya. Bila dia nampak saya terus nampak seolah-olah dia amat takut, hingga dia lari tergopoh gapah.
Betapa takutnya dia kepada umat Islam bila berjubah.
2) Keduanya satu malam saya singgah makan Pizza di sebuah Restoren di South Afrika.
Di suatu sudut kelihatan seorang Yahudi yang kelihatan memeluk tubuhnya sekuatnya nampak macam takut sangat-sangat rupanya dia takutkan kami yang waktu itu sedang makan berdekatan dengannya.
Dari situ saya dapat buat kesimpulan bahawa pakaian sunah bukan sekadar menutup aurat lebih besar dari itu ianya merupakan imej dan jati diri umat Islam. Dengannya lah umat Islam dihormati dan digeruni.
*Yakinlah...dalam sunah ada kejayaan..!!
original copy and paste dari facebook..

Saturday, 4 June 2016

Jom orang muda muhasabah diri...

Rasul SAW bersabda:  

`Sesungguhnya Tuhanmu kagum kepada seorang pemuda yang tidak ada padanya sifat sobwah'. 

Martabat: Hadith ini riwayat Imam Ahmad, disahihkan oleh Syaikh Nasirudin Al Bani dalam kitab silsilah al hadith as shahihah .

Apa itu sobwah? 
Dalam kamus bahasa Arab, sobwah mempunyai beberapa pengertian. 

Antaranya :

- Bersifat keanak-anakan.. tidak mahu jadi dewasa 

- Tidak suka memikul tanggungjawab; dan suka menghabiskan masa dengan perbuatan yang sia-sia 

- Tidak dapat kawal emosi dan darah mudanya; menimbulkan masalah dan akibatnya memberi kesan buruk pada diri sendiri dan orang lain. 

- Suka menarik perhatian orang lain dengan melakukan perkara yang baru untuk menunjukkan kejantanan dan keberaniannya. 

Cara menangani sifat sobwah: 

•Usia remaja, jangan menutup diri 

•Melibatkan diri dengan orang-orang tua ( syuyukh )

•Menziarahi orang soleh dan ahli ibadah 

•Memilih sahabat yang soleh 

•Melatih diri dengan kerja-kerja bekerja, berusaha dan kemasyarakatan 

•Menanamkan muraqabatullah (merasai pengawasan Allah )

•Melakukan riyadah yang tarbawi 



Badi'uzzaman Sa'id An Nursi berkata :

"Sebaik-baik pemuda di kalangan kamu adalah mereka yang menyerupai(tasyabbuh) orang tua dan seburuk-buruk orang tua adalah mereka yang menyerupai orang muda" ...