Saturday, 12 November 2016

JUMLAH HURUF DI DALAM KITAB SUCI ALQURAN.

Assalamualaikum Rakan2 Semua...

JUMLAH HURUF DI DALAM KITAB SUCI ALQURAN.

Sejak 1200 tahun silam, ketika belum ada KOMPUTER atau kalkulator. IMAM SYAFI'I telah mampu mengira JUMLAH masing-masing HURUF dalam AL-QUR'AN secara teliti dan tepat.

Imam Syafi’i dalam kitab Majmu al-Ulum wa Mathli’u an Nujum dan dikutip oleh Imam ibn ‘Arabi dalam Mukaddimah al-Futuhuat al-Ilahiyah menyatakan jumlah huruf-huruf dalam Al Qur'an diurut sesuai dengan banyaknya:-

o ا Alif  : 48740 huruf,

o ل Lam : 33922 huruf,

o م Mim : 28922 huruf,

o ح Ha ’ : 26925 huruf,

o ي Ya’ : 25717 huruf,

o و Waw : 25506 huruf,

o ن Nun : 17000 huruf,

o لا Lam alif : 14707 huruf,

o ب Ba ’ : 11420 huruf,

o ث Tsa’ : 10480 huruf,

o ف Fa’ : 9813 huruf,

o ع ‘Ain : 9470 huruf,

o ق Qaf : 8099 huruf,

o ك Kaf : 8022 huruf,

o د Dal : 5998 huruf,

o س Sin : 5799 huruf,

o ذ Dzal : 4934 huruf,

o ه Ha : 4138 huruf,

o ج Jim : 3322 huruf,

o ص Shad : 2780 huruf,

o ر Ra ’ : 2206 huruf,

o ش Syin : 2115 huruf,

o ض Dhadl : 1822 huruf,

o ز Zai : 1680 huruf,

o خ Kha ’ : 1503 huruf,

o ت Ta’ : 1404 huruf,

o غ Ghain : 1229 huruf,

o ط Tha’ : 1204 huruf & terakhir

o ظ Dza’ : 842 huruf.

Jumlah kesemua huruf dalam al-Qur ’an sebanyak 1⃣.0⃣2⃣7⃣.0⃣0⃣0⃣  (satu juta dua puluh tujuh ribu).

Jumlah ini sudah termasuk jumlah huruf ayat yang di-nasakh.

Setiap kali kita khatam Al-Qur'an, kita telah membaca lebih dari 1 juta huruf.

🔭Jika 1 huruf = 1 kebaikan dan 1 kebaikan = 10 pahala, maka kira-kira 10 juta pahala kita dapatkan.

Mudah-mudahan ini dapat menjadi motivasi kita untuk terus membaca kitab suci Al-Quran...
Aamiin, Aamiin Ya Robb Alamiin...

Tuesday, 8 November 2016

*Cerita menarik utk memperingati dan mensyukuri.. ape yg ade..skrg*


Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka...Jom Terjah!

*Tan Sri*: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

*Wartawan*: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

*Tan Sri*: Oh... sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

*Wartawan*: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

*Tan Sri*: Eh.. mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

*Wartawan*: Macam tu jugalah perasaan orang Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

*Tan Sri*: ...%£#*@%%--??! +%--???......... ......... ......... ......... ........

Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan.


Hebahkan kepada anak cucu, saudara mara, sahabat handai dan siapa saja BANGSA MELAYU berkenaan hak kita agar semua sedar.

Asas Perlembagaan Tanah Melayu Malaysia yang kita perlu tahu. Kontrak sosial diasaskan dari 5 hak orang
Melayu dan dari situ Perlembagaan Malaysia digubal:

1. Raja Berpelembagaan
2. Agama Islam
3. Bahasa Melayu
4. Hak Istimewa Orang Melayu
5. Kerakyatan

Dari 5 ini orang Melayu berkongsi syarat ke 5 dengan orang Cina dan India. Semasa kontrak sosial dibincang antara kaum Melayu, Cina dan India, British menawarkan kepada kaum Cina dan India sekiranya mereka tidak setuju dengan kontrak tersebut mereka diberi 2 pilihan iaitu:

1. Pulang ke negara asal
2. Berpindah ke negara Asia dibawah jajahan British.

Jadi sekiranya hak istimewa orang Melayu dipertikai, Agama Islam dihina, institusi Di Raja tidak dihormati, bahasa Melayu dipijak ertinya mereka telah melanggar syarat2 tersebut dan seharusnya Kontrak Sosial itu boleh dibatalkan. Kerana mengandungi elemen yg membatalkan kontrak. Sama seperti mana mana kontrak. Apabila melanggar isi kandungan perjanjian/kontrak.

Bangsa Melayu punya hak untuk menuntut membatalkan kerakyatan orang yg mempersenda,  mempertikai, atau menentang isikandungan perlembagaan negara, sebagaimana hak dan kedaulatan raja,  hak dan kedaulatan agama Islam, hak dan kedaulatan bahasa Melayu dan hak istimewa bangsa pribumi ...

Fikir fikirkan

*MERDEKA DAN BERDAULAT*

Friday, 4 November 2016

UNTUK RUJUKAN SEMUA

PARA IMAM MAZHAB

1. Imam Abu Hanifah 80-150H
2. Imam Malik 93 -179H
3. Imam Syafie 150 - 204H
4. Imam Ahmad 163 - 241H

PARA IMAM KUTUBUN SITTAH

1. imam Bukhari 194- 256H
2. Imam Muslim 204-261H
3. Imam Abu Daud 202-275H
4. Imam Tirmidzi 200- 279H
5. Imam Nasai 215- 303H
6. Imam Ibnu Majah 207-273H
PARA IMAM MAHSYUR DALAM ILMU AQIDAH

1. Imam Thahawi 239-321H
2. Imam al-Asy'ari 260- 324H
3. Imam al-Maturidi 238- 333H

Di samping itu, ada juga pihak tertentu yang mengatakan bahawa Imam Syafie tidak beramal dengan hadis sohih dan hadis yg menjadi amalan Mazhab Syafie lemah.
Antara pencerahan : 

Menurut perbahasan ringkas antaranya bersama Syeikh Wazir al-Kalantani al-Makki, butir yang jelas adalah para imam mazhab tidak perlu mengikuti syarat Bukhari/Muslim kerana mereka (imam mazhab)lebih mengenali guru mereka samada tsiqah dan selainnya.
Malah Maulana Husein, seorang yang menghabiskan sebahagian besar usianya untuk hadith juga pernah menjelaskan, kebanyakan perawi hadis zaman imam mazhab mencapai taraf tsiqah melainkan yg perlu dikaji ialah perawi selepas zaman imam mazhab.
Darjat sesuatu hadis mungkin berubah apabila sampai kepada imam hadis, sedangkan hadis tersebut sohih di sisi imam mazhab.
Sebagai contoh, sesuatu hadis dinilai sohih di sisi Imam Syafie kerana susur jalur antaranya dgn nabi hanya 3 perawi yg Imam Syafie kenal sebagai khalifah, namun apabila sampai hadis tersebut kpd imam hadis, hadis itu jatuh kepada darjat dhoif disebabkan ada perawi yg dhaif selepas daripada 3 perawi yg sebelum ini, padahal antara imam hadis dgn nabi terdapat 5 perawi. Ini antara perbezaan yang kita harus teliti.
والله أعلم بالصواب.
Kredit ; Talaqqi Kitad di Pondok