Friday, 4 November 2016

UNTUK RUJUKAN SEMUA

PARA IMAM MAZHAB

1. Imam Abu Hanifah 80-150H
2. Imam Malik 93 -179H
3. Imam Syafie 150 - 204H
4. Imam Ahmad 163 - 241H

PARA IMAM KUTUBUN SITTAH

1. imam Bukhari 194- 256H
2. Imam Muslim 204-261H
3. Imam Abu Daud 202-275H
4. Imam Tirmidzi 200- 279H
5. Imam Nasai 215- 303H
6. Imam Ibnu Majah 207-273H
PARA IMAM MAHSYUR DALAM ILMU AQIDAH

1. Imam Thahawi 239-321H
2. Imam al-Asy'ari 260- 324H
3. Imam al-Maturidi 238- 333H

Di samping itu, ada juga pihak tertentu yang mengatakan bahawa Imam Syafie tidak beramal dengan hadis sohih dan hadis yg menjadi amalan Mazhab Syafie lemah.
Antara pencerahan : 

Menurut perbahasan ringkas antaranya bersama Syeikh Wazir al-Kalantani al-Makki, butir yang jelas adalah para imam mazhab tidak perlu mengikuti syarat Bukhari/Muslim kerana mereka (imam mazhab)lebih mengenali guru mereka samada tsiqah dan selainnya.
Malah Maulana Husein, seorang yang menghabiskan sebahagian besar usianya untuk hadith juga pernah menjelaskan, kebanyakan perawi hadis zaman imam mazhab mencapai taraf tsiqah melainkan yg perlu dikaji ialah perawi selepas zaman imam mazhab.
Darjat sesuatu hadis mungkin berubah apabila sampai kepada imam hadis, sedangkan hadis tersebut sohih di sisi imam mazhab.
Sebagai contoh, sesuatu hadis dinilai sohih di sisi Imam Syafie kerana susur jalur antaranya dgn nabi hanya 3 perawi yg Imam Syafie kenal sebagai khalifah, namun apabila sampai hadis tersebut kpd imam hadis, hadis itu jatuh kepada darjat dhoif disebabkan ada perawi yg dhaif selepas daripada 3 perawi yg sebelum ini, padahal antara imam hadis dgn nabi terdapat 5 perawi. Ini antara perbezaan yang kita harus teliti.
والله أعلم بالصواب.
Kredit ; Talaqqi Kitad di Pondok

No comments:

Post a Comment