Tuesday, 31 May 2016

Kalaulah esok hari kematianku

Kalaulah esok hari kematianku...apalah sangat persiapanku  ini...


 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ  ﴿١٨﴾

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Al Hasyr :18

Sunday, 29 May 2016

Jabal Uhud (Bukit Uhud)

Jabal Uhud adalah bukit yang dijanjikan di syurga.
Bukit Uhud atau Jabal Uhud (جبل أحد) adalah sebuah bukit di utara Madinah dengan ketinggian sekitar 1.077 meter.
Bukit ini adalah lokasi pertempuran kedua antara Muslim dan pasukan musyrik Mekah.
Pertempuran Uhud terjadi pada tahun 625 Masehi, di tempat yang sekarang di barat laut Arab Saudi.

Jika kita ingin melihat bukit yang ada di syurga, maka ziarahlah Bukit Uhud. Nabi S.A.W. bersabda; Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang ada di syurga. (H.R. Bukhari)

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya Uhud adalah satu gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Sebuah riwayat juga menceritakan, Rasulullah S.A.W. pernah menaiki puncak Uhud bersama Sayyidina Abu Bakar R.A., Sayyidina Umar Al-Faruq R.A. dan Sayyidina Usman bin Affan R.A. Setelah keempatnya berada di puncak, terasa Gunung Uhud bergegar.

 Rasulullah kemudiannya menghentakkan kakinya dan bersabda, “Tenanglah kamu Uhud. Di atasmu sekarang adalah Rasulullah dan orang yang selalu membenarkannya dan dua orang yang akan mati syahid.” Tak lama setelah itu Uhud berhenti bergetar. Demikianlah tanda kecintaan dan kegembiraan Uhud menyambut Rasulullah.

Thursday, 26 May 2016

3 musibah diselesaikan dengan 3 perkara.

1. Jika anda diuji cintakan nafsu syahwat, sila muhasabah dan perbaikilah kualiti solat.
(Rujuk Surah Maryam: 59)

2. Jika anda rasa hidup penuh kesengsaraan dan selalu tidak bernasib baik, sila muhasabah dan perbaikilah hubungan dengan ibumu.
(Rujuk Surah Maryam: 32)

3. Jika anda dapati perasaan anda selalu tertekan dan rasa sempit, sila muhasabah dan perbaikilah hubungan dengan al-Quran.
(Rujuk Surah Taha: 124)

Fasa umur kita

Ketika umur kita bawah 10 tahun, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain.

Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

Meningkat kepada umur 30-an, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup. Membina keluarga. Ingin membeli kereta,  rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa 40-an. Bahawa perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit  dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.

Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Tuhan masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.

Hidup ini hanya sementara kawan. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat. Semoga kita semua kekal dalam keberkatan, keredaan dan kasih sayang Tuhan.

Monday, 23 May 2016

Nasihat untuk aku

Nasihat untuk aku
Seperti mana kita rasa senang bila mengkritik orang lain, seperti itu kita kena rasa "senang" bila kena kritik.

Pointnya, sabar dan lapang dada.

Carilah kawan yang sering menegur kita, bimbing kita, memahami kita, sentiasa ambil berat tentang kita, dan tak biarkan kita hanyut dan tenggelam dalam dosa.

Kalau jumpa, genggamlah mereka erat-erat.

Nasihat untuk aku

Rasulullah S.A.W  bersabda,

" Barangsiapa MEMPERTAHANKAN kehormatan saudaranya yang sedang di umpat,adalah menjadi hak kepada Allah(s.w.t) memerdekannya dari Neraka".

(Riwayat Ahmad dan At- Tabrani).


Jom jaga aib orang lain, dan tahan diri mengumpat!

Friday, 20 May 2016

bila orang tegur kesalahan kita



 Bila orang tegur kesalahan kita,bukanlah sebab mereka rasa mereka suci atau sempurna.

Tidak.

 Bila orang tegur kesalahan kita kerana mereka mahu selamatkan kita dari kekotoran.
Mungkin, di kalangan mereka pernah melalui fasa jahil.
Dan, mereka dah rasa betapa terseksanya maksiat.

Kerana itu, Bila orang tegur kesalahan kita, bila mereka berubah, mereka sedaya upaya mahu selamatkan kita, agar kita tak terjatuh ke dalam lubang yang mereka pernah jatuh suatu ketika dahulu.

Tuesday, 17 May 2016

Asal nampak janggut lebat dah disangka alim

Asal nampak janggut lebat jer terus disangka alim,
Mula la nak minta suruh jadi imam la, baca doa la, jadi khalifah tahlil arwah la.
Pendek kata, apa2 yang melibatkan urusan agama, org yang janggut lebat mesti kena..



 Hahahahhaha kalau org yg janggut lebat tu memang lulusan sekolah agama atau memang dah alim ,takpa la kan.
Ni yang baru niat nak simpan janggut semata2 nak ikut sunnah pun dah kena tempias, APA cita ni bro?

Kesian aku melihat masyarakat ku yang telah lama dijajah minda nya.
Kesian aku Cuba bersangka baik tentang APA yg mereka katakan tu just lawak.
Kesian aku kadang2 memikirkan yg masyarakat kita hari ini takut utk simpan janggut sebab takut disangka alim,satgi kena tolak jadi imam pulak kan?
Walhal setiap org yang mengaku beragama Islam paling tidak tahu perkara asas mcm tu.

Kata percaya kepada nabi seperti dalam rukun iman,
Tapi sunnah nabi simpan janggut takut nak amalkan,
Kenyataan ini untuk org beragama Islam yang ADA kekuatan utk simpan janggut tapi takmau simpan janggut.

Oh masyarakat Islam ku,sungguh pendek akalmu: asal nampak janggut lebat terus disangka alim.

Sunday, 15 May 2016

Jangan didoakan yang buruk

Kerana Doa Seorang Ibu Kepada Anaknya Yang Pecahkan Pasu Semasa Kecil....

Sesungguhnya doa seorang ibu terhadap anaknya dikatakan adalah doa tanpa hijab di hadapan Allah, sebab itulah kalau kita dengan bahawa doa seorang ibu mudah menembusi langit sehingga doa seorang ibu yang dipanjatkan untuk anaknya amat mudah dikabulkan.

Mungkin sebahagian kita tidak sedar akan kehebatan doa seorang ibu ini yang dikabulkan tanpa kita sedari.

Banyak tulisan yang mengupas tentang kekuatan sebuah doa ibu dan keutamaannya, namun disini admin hanya ingin kongsikan sebuah kisah benar yang telah dimuatnaik oleh seorang guru tentang apa yang terjadi dikongsikan rakannya.



 Jom kita baca.

Pada suatu hari, saya sedang membersihkan rumah. Tiba-tiba anak lelaki saya yg masih kecil berlari ke arah saya, ia tidak sengaja terlanggar satu pasu bunga yang dibuat daripada kaca.. pecah hancur berderai...

Saya benar-benar marah ketika itu. Kerana pasu itu amat mahal harganya. Hadiah dari Ibu saya yg amat saya sayangi, maka saya menjaganya bagai menatang minyak yang penuh.

Saya amat marah tanpa disedari saya telah melontarkan kata-kata :

" Semoga kamu ditimpa dinding bangunan dan tulang-belulangmu hancur...! ”

Tahun demi tahun berlalu, anak lelaki saya dah membesar, saya dah lupa akan doa itu, saya pun tak anggapnya penting, dan saya tidak tahu bahwa doa itu telah naik ke atas langit…

Anak lelakiku dan adik-adiknya yang lain sedang membesar, dia anak sulong yang paling aku sayangi dari anak-anakku yang lain. Dialah anak yang rajin dan pandai menghormati aku dan berbakti kepadaku dibandingkan adik2nya yang lain.

Kini dia telah bekerja, menjadi seorang Jurutera yg Berjaya, tak lama lagi dia akan berkahwin. Tak sabar rasanya aku nak menimang cucu.

Ayahnya ada sebuah bangunan yang dah uzur dan ingin dibuat baik pulih.

Maka pergilah anakku bersama ayahnya ke gudang itu. Para pekerja sudah bersiap-siap untuk merobohkan satu dinding yang sudah usang.

Sedang mereka melakukan kerja penyediaan renovation, anakku pergi kebelakang bangunan tersebut tanpa pengetahuan sesiapa pun.

Oleh itu kerja2 utk meruntuhkan dinding itu akan dilakukan oleh para pekerja suamiku tanpa mengetahui bahwa anakku ada di belakang dinding tersebut, dgn tidak semena mena dinding bangunan itu terjatuh menimpanya.

Kendengaran suara berteriak didalam runtuhan tersebut sehinggalah suaranya tak kerdengaaran lagi.
Semua pekerja berhenti. Hairan suara siapa..? Mereka berlari ke arah runtuhan itu...

Mereka mengangkat dinding yang menghimpit anakku itu dengan susah payah dan segera memanggil Bomba dan ambulans.

Mereka tidak boleh mengangkat badan anakku. Ia remuk, Seperti kaca yang jatuh, pecah berkeping-keping.

Mereka mengangkat badannya yang hancur dengan berhati hati dan segera membawanya ke Hospital Unit Kecemasan untuk pertolongan lebih lanjut.

Ketika ayahnya menghubungi aku untuk mengkhabarkan hal itu, seakan akan Allah menghadirkan kembali apa yang telah aku doakan untuknya semasa ia kecil dahulu..

Aku menangis hingga jatuh pengsan. Ketika sedar, aku berada di Hospital dan aku meminta untuk melihat keadaan anakku.

Ketika melihatnya, seakan-akan aku mendengar suara Tuhan berkata: INI DOA MU KAN?

Sudah AKU kabulkan setelah sekian lama, engkau berdoa dan sekarang Aku akan mengambilnya.
Ketika itu, jantung aku seakan berhenti berdetik.

Anak aku menghembuskan nafasnya yg terakhir.

Aku berteriak dan menangis sambil berkata:

" Jangan pergi nak...!!

Andai kata ia masih hidup... Tidak mengapalah jika dia nak hancurkan semua perabot didalam rumah aku....."

Asalkan saya tidak kehilangan ia… YA ALLAH....

Seandainya lidah ini idak mendoakannya 25 tahun yang lalu.....

Andaikan… Andaikan… Andaikan… Tetapi, kalimat ‘andaikan’ ini tidak berguna lagi… waktu ini..

SEKIAN



 #satukisahbenar

Pesanan kepada para ibu: Jangan terburu-buru mendoakan anakmu ketika kamu sedang marah.
Berlindunglah kepada Allah dari godaan setan,… Jika kamu ingin memukulnya, pukul saja, tapi jangan mendoakannya macam-macam, sehingga kalian akan menyesal seperti saya!

Saya menuliskan ini dengan airmata yang membanjir…

Aku rela rohku pun turut bersamamu, Hingga aku bisa beristirahat dari kepedihan yang aku rasakan sepeninggalanmu.

Kisah benar ini...Tolong sebarkan keseluruh wanita, Doa itu akan terjawab, walau sekian lama... tunggu la.. Allah pasti akan mengkabulkanya...!!

OLEH ITU BERDOALAH YANG BAIK-BAIK UNTUK SEMUA ANAK2MU

Friday, 13 May 2016

Anda solat subuh berjemaah tak hari ni?

Alhamdullillah
Itu yg mampu aku ucapkan kerana masih dipilih oleh yg maha ESA utk menghadapnya subuh tadi. Secara berjemaah pulak tu.tulisan ini bukan bermaksud untuk riak,ujub mahupun takabur.

Tak semua ORANG yang dapat nikmat ni.
Nampak kecik jer kan?apalah sangat solat subuh berjemaah di masjid atau surau.maybe itu yg bermain difikiran sesetengah orang.



 Tapi pada ORANG yang beriman pada hari akhirat, itulah amalan yang sentiasa mereka istiqamah melakukan nya setiap hari.

Tahukah anda yang ADA hadis nabi Muhammad S.A.W yg mengatakan; barang siapa yang solat sunat 2 rakaaat sebelum solat subuh,seolah2 ia mendapatkan dunia Dan seluruh isinya. Tolong rujuk pada ustaz utk lebih penjelasan.

Barang siapa yang mengerjakan solat isyak Dan subuh secara berjemaah di surau atau masjid seolah2 dia beribadat sepanjang malam. Nah.... Mahu APA lagi?kita hidup diatas muka bumi ini atas pinjaman Dari NYA, maka wajib kita bersyukur atas segala nikmat yg dipinjamkan kepada kita.

Akhir sekali peringatan utk diri sendiri dan kepada sesiapa yg mahu mengambil pengajaran; bersyukur lah atas nikmat yg Allah S.W.T berikan kpd kita walaupun nikmat itu nampak seolah2 kecil. Bersyukur lah kerana Allah janji akan menambah nikmat tersebut jika kita bersyukur. Maka bersyukur lah. Alhamdullillah pilihlah aku untuk solat subuh secara berjemaah di masjid atau surau sepanjang hidup ku ya Allah. Amin.

Sunday, 1 May 2016

Hinakah aku kerana janggut?

Assalamualaikum Dan salam sejahtera semua.

Macam klise jer kan tajuk tu... Hahahaha takdak apa pun sebenarnya.

Bagi org Islam ada janggut, menyimpan janggut, memelihara janggut Dan semua perkataan yg seerti dgnnya adalah sunnah Nabi Muhammad S.A.W. semua maklum akan hal tersebut.
Tapi berapa org yg simpan janggut?
Saya tak nak membicarakan tentang hukum hakam ,yang tu pembaca cari sendiri dgn bertanya pada yg ustaz2 yg arif.


Kepada ORANG yg kerja di sektor perhotelan, badan beruniform memang payah la utk simpan janggut. Kalau boleh pun ala kadar Dan mesti trim baik punya utk mengelakkan Dari nampak selekeh. Persoalannya, siapa yg menetapkan standard tu?? Nampak sangat kita telah dijajah oleh musuh Allah yg tak redha akan tertegaknya sunnah nabi Muhammad S.A.W diatas muka bumi ini.

Hinggakan sesetengah org yg walaupun tak terlibat dgn sektor hospitality Dan badan beruniform pun tak ada inisiatif utk simpan janggut. Kita tengok pesara2 dan penganggur. Mereka boleh jer simpan janggut tapi takdak inisiatif utk simpan janggut. Mungkin sebab simpan janggut ni tak macho,nampak selekeh, atau takut disalah ertikan sebagai pengganas Taliban, al Qaeda, jemaah islamiah, jemaah tabligh Dan PAS. Hhhmmmmm ada ke ahli umno Dan pkr yg simpan janggut? Kalau ada mungkin tak ramai, Dan kalau ada pun maybe ahli2 biasa yg tidak memegang apa2 jawatan. Satgi org kata macam2 lak. Percayalah saudara ku yg kita telah dijajah.
Minda kita telah dijajah.
Masyarakat kita telah dijajah.

So? APA kena mengena dengan tajuk hinakah aku kerana janggut?
Hinakah aku kerana janggut sebab susah nak dapat kerja di sektor hospitality Dan badan beruniform.
Hinakah aku kerana janggut sebab org pandang rendah.
Hinakah aku kerana janggut sebab org pandang serong sebagai pelampau agama. Keluar pula kata2 agama ni bersederhana DLL.
Hinakah aku kerana janggut sebab takdak duit ekoran takdak kerja yg boleh simpan janggut. (atau sebab aku malas cari kerja)

Ok sebagai penutup, tulisan ini hanyalah sekadar suka2 jer sambil dok test menaip kat tablet surf internet blogger. Com pakai tablet tu. Hehehehe so sapa2 yg nak upah saya buat blog free mcm ni, contact la saya yer utk sembang2 apa2 yg patut. Khas utk org yg takdak laptop Dan tak pandai sangat bab2 blog ni.yang dah pandai tu,buat la sendiri.hehehehe tapi kalau malas boleh upah saya. Hua hua hua