Sunday, 1 May 2016

Hinakah aku kerana janggut?

Assalamualaikum Dan salam sejahtera semua.

Macam klise jer kan tajuk tu... Hahahaha takdak apa pun sebenarnya.

Bagi org Islam ada janggut, menyimpan janggut, memelihara janggut Dan semua perkataan yg seerti dgnnya adalah sunnah Nabi Muhammad S.A.W. semua maklum akan hal tersebut.
Tapi berapa org yg simpan janggut?
Saya tak nak membicarakan tentang hukum hakam ,yang tu pembaca cari sendiri dgn bertanya pada yg ustaz2 yg arif.


Kepada ORANG yg kerja di sektor perhotelan, badan beruniform memang payah la utk simpan janggut. Kalau boleh pun ala kadar Dan mesti trim baik punya utk mengelakkan Dari nampak selekeh. Persoalannya, siapa yg menetapkan standard tu?? Nampak sangat kita telah dijajah oleh musuh Allah yg tak redha akan tertegaknya sunnah nabi Muhammad S.A.W diatas muka bumi ini.

Hinggakan sesetengah org yg walaupun tak terlibat dgn sektor hospitality Dan badan beruniform pun tak ada inisiatif utk simpan janggut. Kita tengok pesara2 dan penganggur. Mereka boleh jer simpan janggut tapi takdak inisiatif utk simpan janggut. Mungkin sebab simpan janggut ni tak macho,nampak selekeh, atau takut disalah ertikan sebagai pengganas Taliban, al Qaeda, jemaah islamiah, jemaah tabligh Dan PAS. Hhhmmmmm ada ke ahli umno Dan pkr yg simpan janggut? Kalau ada mungkin tak ramai, Dan kalau ada pun maybe ahli2 biasa yg tidak memegang apa2 jawatan. Satgi org kata macam2 lak. Percayalah saudara ku yg kita telah dijajah.
Minda kita telah dijajah.
Masyarakat kita telah dijajah.

So? APA kena mengena dengan tajuk hinakah aku kerana janggut?
Hinakah aku kerana janggut sebab susah nak dapat kerja di sektor hospitality Dan badan beruniform.
Hinakah aku kerana janggut sebab org pandang rendah.
Hinakah aku kerana janggut sebab org pandang serong sebagai pelampau agama. Keluar pula kata2 agama ni bersederhana DLL.
Hinakah aku kerana janggut sebab takdak duit ekoran takdak kerja yg boleh simpan janggut. (atau sebab aku malas cari kerja)

Ok sebagai penutup, tulisan ini hanyalah sekadar suka2 jer sambil dok test menaip kat tablet surf internet blogger. Com pakai tablet tu. Hehehehe so sapa2 yg nak upah saya buat blog free mcm ni, contact la saya yer utk sembang2 apa2 yg patut. Khas utk org yg takdak laptop Dan tak pandai sangat bab2 blog ni.yang dah pandai tu,buat la sendiri.hehehehe tapi kalau malas boleh upah saya. Hua hua hua

No comments:

Post a Comment