Friday, 13 May 2016

Anda solat subuh berjemaah tak hari ni?

Alhamdullillah
Itu yg mampu aku ucapkan kerana masih dipilih oleh yg maha ESA utk menghadapnya subuh tadi. Secara berjemaah pulak tu.tulisan ini bukan bermaksud untuk riak,ujub mahupun takabur.

Tak semua ORANG yang dapat nikmat ni.
Nampak kecik jer kan?apalah sangat solat subuh berjemaah di masjid atau surau.maybe itu yg bermain difikiran sesetengah orang.



 Tapi pada ORANG yang beriman pada hari akhirat, itulah amalan yang sentiasa mereka istiqamah melakukan nya setiap hari.

Tahukah anda yang ADA hadis nabi Muhammad S.A.W yg mengatakan; barang siapa yang solat sunat 2 rakaaat sebelum solat subuh,seolah2 ia mendapatkan dunia Dan seluruh isinya. Tolong rujuk pada ustaz utk lebih penjelasan.

Barang siapa yang mengerjakan solat isyak Dan subuh secara berjemaah di surau atau masjid seolah2 dia beribadat sepanjang malam. Nah.... Mahu APA lagi?kita hidup diatas muka bumi ini atas pinjaman Dari NYA, maka wajib kita bersyukur atas segala nikmat yg dipinjamkan kepada kita.

Akhir sekali peringatan utk diri sendiri dan kepada sesiapa yg mahu mengambil pengajaran; bersyukur lah atas nikmat yg Allah S.W.T berikan kpd kita walaupun nikmat itu nampak seolah2 kecil. Bersyukur lah kerana Allah janji akan menambah nikmat tersebut jika kita bersyukur. Maka bersyukur lah. Alhamdullillah pilihlah aku untuk solat subuh secara berjemaah di masjid atau surau sepanjang hidup ku ya Allah. Amin.

No comments:

Post a Comment