Wednesday, 7 September 2016

Benda kecik pun nak berbalah

Straight to the point , org kita (merujuk kepada org melayu yg beragama islam)
suka berbalah atas perkara yg kecik2.Perkara yang besar mestilah kuat perbalahannya.

Salah satunya ialah bab solat sunat sebelum solat fardhu....
hahahahahha  nampak macam tak logik dan diterima akal kan?
Tak jadi kat tempat korang takpa laa.....Gelak la puas2. gelak la lagi.hahahaha

antara salah satu solat sunat yang dok balah ni ialah solat sunat sebelum
solat fardhu maghrib..Yang dituntut ialah solat sunat selepas solat fardhu maghrib..
Mungkin yang membuat mereka tak maw buat solat sunat sebelum solat fardhu maghrib ialah
kerana ada riwayat yg mengatakan nabi tak buat solat sunat sebelum solat fardhu maghrib...
ini kerana sesetengah tempat di muka bumi ni waktu maghrib nya pendek,sebab tu depa tak buat solat sunat 
sebelum solat sunat maghrib..TAPI di malaysia adakah waktu maghrib kita singkat sampai tak sempat nak buat 2 rakaat sunat??
dalam masa yang sama boleh tunggu orang datang untuk berjemaah bersama.


Tah apa yg nak dikejarkan..Lepas  azan sesetengah masjid atau surau terus melaungkan Iqamah. Tak tahula apa yang nak dikejarkan.
Kalau nak kejar lebih masa utk kuliah maghrib tak pelah, ini tak, mungkin 
ahli jemaah sesetempat tu tu nak balik rumah utk menonton berita kot pukul 8Pm tak kisah lah TV1 atau TV3 dan sebagainya..selamat menonton.

Hadoi...Takpelah iman mereka kuat,sebelum azan dilaungkan di masjid,mereka telah berada di masjid.
Macammana dgn org yg lambat menyertai,lepas solat sunat mesti kena smash,
lain kali datang lah awal sikit kalau nak solat sunat..apa perasaan anda kalau kena smash mcm tu??

Pada yg selalu duduk dalam majlis2 ilmu spt kuliah maghrib, forum dsbnya,
ada hadis nabi S.A.W mengatakan barangsiapa yg solat sunat 2 rakaat sebelum solat fardhu subuh
ia akan mendapat nilai lebih dari dunia dan seisinya.Lebih kurang macam tu lah bunyi hadis tu.
sila rujuk kpd ustaz yg lebih berilmu dari saya dan maafkan saya kalau saya silap.

So ahli jemaah (merujuk kpd org yg sentiasa hadir ke masjid) nak la dapat kelebihan tu, tapi dia datang lewat sikit,lewat pun 2,3 minit jer, baru nak angkat takbir
terus kena smash. Nak buat sunat lain kali datang awal sikit.
Apa perasaan korang kalau kena smash mcm tu.  mesti bertengkar kalau yang tak tahan sabar tu.

Kedekut taik hidung masin tul, kau dah dapat kelebihan tu terus tak kasi 
peluang kat org lain yang nak dapat kelebihan tu.  Kesan daripada tu,
berbekas la dihati. kalau kau iman kuat takpe la..COBAAN.. Tapi masalahnya Iman umat diakhir zaman ni kuat ke?

So yg jadi pemerhati pun kata dalam hati:- ala benda sunat jer buat apa nak gaduh2. Nampak sangat hang tak tahu dan nak rebut akan kelebihan itu..GGGRRRRRRRRRR 

Saturday, 3 September 2016

Makhluk Mulia Vs Haiwan

Allah telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Manusia merupakan khalifah di bumi, sehingga merupakan ashraful makhluqaat (makhluk termulia). Mengingat keunggulan fizikal, kecerdasan, dan jiwa secara hakiki, manusia mengungguli semua ciptaan Allah yang ada. Manusia merupakan makhluk unik yang dilengkapi sistem ketahanan alami yang berpotensi melawan semua mikrob, virus, serta bakteria asing dan berbahaya.

Jika manusia menjalani hidupnya sesuai petunjuk syariat yang berupa perintah dan larangan, kesihatannya akan tetap terjaga dari serangan virus, bakteria, dan kuman penyakit lainnya.

Sedangkan orang-orang kafir, menganggap adanya kekurangan dalam diri manusia sebagai ciptaan Allah, sehingga berusaha sekuat tenaga memperkuat sistem pertahanan tubuh melalui imunisasi yang bercampur najis dan penuh dengan bahaya.

Manusia merupakan makhluk yang punya banyak kelebihan. Terdapat perbezaan yang ketara antara manusia dengan haiwan. Apa yang ada padanya tidak cocok bagi haiwan, demikian juga sebaliknya. Namun, orang-orang atheis menyamakan haiwan dengan manusia, sebab mereka menganut teori evolusi manusia melalui kera yang sangat “menggelikan”.

Oleh karena itu, mereka percaya bahawa apa yang dimiliki haiwan dapat dimasukkan ke dalam tubuh manusia. Jadi, sel-sel haiwan, virus, bakteria, darah, dan nanah disuntikkan ke dalam tubuh manusia. Logik setan ini adalah menjijikkan menurut Islam.

Imunisasi digembar-gemburkan sebagai suatu bentuk keajaiban pencegahan penyakit, padahal faktanya cara itu tidak lebih hanya sebagai projek penjana wang para doktor dan perniagaan farmasi. Dalam kenyataannya, imunisasi lebih banyak menyebabkan bahaya kepada kesihatan. Bahkan, mengganggu proses-proses alami yang ada dalam ciptaan-Nya. Dengan paparan ini, orang tua mana yang berasa gembira dan senang hati untuk memberikan imunisasi pada anaknya?

Artikel berkaitan :

https://mindaahad.wordpress.com/2011/04/15/bahaya-suntikan-vaksin-hpv/

https://mindaahad.wordpress.com/2012/04/21/kesan-kesan-suntikan-vaksinasi-terhadap-kanak-kanak/

https://mindaahad.wordpress.com/2013/01/30/kanak-kanak-yang-tidak-disuntik-vaksin-lebih-sihat/