Tuesday, 27 September 2016

Tahukah engkau siapa yg engkau sembah?

Tahukah engkau siapa yg engkau sembah?
Dgn siapa engkau kerjakan, meminta, bermunajat & meluahkan rasa hati engkau diwaktu sembahyang?

Iaitu Tuhan yg menjadikan engkau & menentukan hidup mati engkau.
Tuhan yg menentukan nasib engkau, nasib didunia mahupun di Akhirat.
Tuhan yg menentukan rezeki engkau, berapa byk sepanjang hidup engkau

Allah yg menjadi Tuhan yg menentukan sakit sihat engkau
sakit ringan atau sakit berat, berapa kali sakit & berapa kali sihat sepanjang hidup engkau

Tuhan yg mentakdirkan engkau miskin @ kaya, setakat mana kemiskinan itu & setakat mana kaya.
Tuhan yg mentakdirkan setakat mana ilmu engkau & ilmu apa yg diberi kpd engkau

Tuhan yg menentukan engkau berkahwin @ tidak, kalau berkahwin, dgn siapa & berapa org anak, isteri itu pula taat @ derhaka, begitu juga anak2.

Tuhan yg menentukan senang & susah sepanjang hidup engkau
senang setakat mana & susah pula setakat mana
Tuhan itulah juga yg menentukan tempat tinggal engkau dibumi mana & dinegara mana
rumah yg selesa @ rumah yg sebaliknya.

Tuhan itulah yg mencatu berapa billion kali nafas engkau naik turun
Dan Tuhan itulah juga akhirnya menentukan kematian engkau dimana & bagaimana.
Mati krn apa, krn sakit, terjatuh, lemas, dilanggar kereta, ditembak.
Mati didlm beriman, mati kafir @ mati fasik

kalau engkau sedarlah yg engkau sembah itu begitulah kekuasaan, kehendak & pentadbiran Tuhan engkau.

Apa perasaan engkau diwaktu itu?
tidak kecutkah hati engkau?
tidak bimbangkah jiwa engkau?
tidak rusuhkah perasaan engkau?

kalau engkau tidak terasa apa2 diwaktu engkau menyembah-Nya
ertinya engkau hanya membawa badan tidak membawa jiwa bersama.
kalau begitu engkau bukan menyembah tp bersenam
engkau bukan beribadah tp engkau beriadhah.
Pesan pesan pada hati yg
Lalai mengingati tuhan yg
Maha Agung.. 💚

No comments:

Post a Comment